BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 10 Disember 2010

cerita 'IBLIS SELALU MENGGODA'.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
sebenarnya aq teringin nak tulis pasal 'IBLIS SELALU MENGGODA'..
mana aq dpt cerita ni..???haa..dri majalah 'ANA MUSLIM'..teruskan membaca cerita 'IBLIS SELALU MENGODA' di bawah ya...



IBLIS SELALAU MENGGODA..

Ketika Rasulullah SAW keluar dari Masjid Nabawi setelah selesai solat berjemaah,baginda melihat iblis sedang berdiri di pintu masjid.


"Wahai iblis!Ada apa kau datang ke masjidku?"tegur Rasulullah


"Aku datang kerana Allah semata-mata,"jawab iblis.


"Apa maksudmu?"kata baginda lagi.


"Supaya kau dapat bertanyakan soalan dan aku akan menjawabnya dengan baik,"kata iblis.


Rasulullah SAW berfikir sesaat.Inilah kesempatan untuk menanyakan beberapa hal kepada iblis mengenai umat Rasulullah SAW.


"Baiklah,akan ku ajukan beberapa pertanyaan.Pertama,mengapa kau selalu menghalangi umatku untuk melaksanakan solat berjemaah?"
tanya Rasulullah.


"Kerana setiap kali umatmu keluardari rumah mereka untuk menunaikan solat berjemaah di masjid,aku berasa kekalahan besar dalam diriku,"jawab iblis.


"Lalu,mengapa kau tanamkan perasaan malasdan berat bagi kaumku untuk membaca 
 al-Quran?"tanya Rasulullah SAW lagi.


"Ya Muhammad!Setiap kali umatmu membaca al-Quran,aku merasakan tubuhku hancur 
 luluh dan meleleh bagai besi dibakar api,"jawab iblis.


"Apa sebabnya kau selalu menghalangi umatku untuk berjihad di jalan Allah?"tanya Rasulullah SAW.


"Setiap kali umatmu berjihad di jalan Allah,aku terpaksa membelenggu kakiku sampai mereka kembali.Itu sebabnya selalu kuhalangi mereka yang akan berjihad di jalan Allah,"
jawab iblis.


"Lalu,apa mahumu sehingga kau selalu menghalangi umatku yang akan menunaikan ibadat haji?"tanya Rasulullah SAW.


"Setiap kali umatmu berangkat menunaikan ibadat haji, aku merasakan tubuhku bagai dirantai dan dikurung.Selama perjalanan hingga mereka tiba kembali dirumah masing-masing,aku merasa terseksa dalam kurungan,"jawab iblis.


"Kemudian,mengapa kau mengekang umatku untuk mengeluarkan infak dan sedekah dari sebahagian hartanya?"tanya Rasulullah SAW.


"Ya Muhammad! Setiap kali umatmu mengeluarkan sebahagian hartanya untuk infak dan sedekah,aku merasakan tubuhku digergaji dan disiat-siat dengan pisau.Kerana itu aku selalu berusaha mengagalkan umatmu yang akan berinfak danbersedekah,"
jawab iblis.


Begitulah ceritanya ,iblis selalu berusaha mencegah setiap amal baik umat Nabi Muhammad SAW.Kita harus melawannya agar tidak kalah.Bila kita tidak menjalankan amal yang baik,bererti kita kalah melawan iblis.

0 ulasan: